Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran.

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional dilihat  tinggal nama sahaja sejak penubuhan kerajaan perpaduan kerana hampir semua sumber yang diagihkan kepada BN boleh dikatakan adalah milik UMNO.

PH juga mengadakan rundingan kerusi secara terus dengan UMNO di beberapa negeri, menyebabkan ramai orang berteka-teki sama ada parti komponen MCA dan MIC akan berpeluang untuk bertanding di pilihan raya enam negeri selepas ini.

Oriental Daily melaporkan, pemimpin atasan BN telah memulakan perundingan dalaman pada 7 Mei berhubung soal pengagihan kerusi, tetapi MCA dan MIC mungkin berdepan cabaran berdasarkan persefahaman “parti yang menang akan mempertahankan kerusi itu.”

Dalam pilihan raya lalu, BN merupakan pembangkang di kesemua enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor.

Tambahan pula, PH telah memenangi kerusi terbanyak di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor.

Pada 2018, MIC bertarung di sembilan kerusi di enam negeri itu dan menang di satu kerusi. MCA pula bertanding di 40 kerusi, tetapi pulang dengan tangan kosong.

Walaupun BN kelihatan seakan-akan tiada kelebihan di enam negeri, tetapi kekuatan BN terletak pada keupayaan dalam menghadapi pilihan raya kecil atau pilihan raya negeri yang diadakan berasingan dengan pilihan raya umum.

Menurut laporan Oriental Daily, sekiranya berjaya dalam rundingan, MCA masih berpeluang untuk beradu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar di Terengganu dan DUN Kota Lama di Kelantan.

Kedua-dua kerusi itu dimenangi Pas dalam pilihan negeri yang lalu.

Di Selangor pula, MCA memperjuangkan peluang untuk bertanding di kawasan persisiran pantai di Selangor selain mahu bertanding di Negeri Sembilan.

Walaupun MCA pernah menganggap peluang bertanding satu dua kerusi di setiap negeri sebagai keadaan yang paling memuaskan, tetapi keadaannya adalah sukar dijangkakan, khususnya di Kedah dan Pulau Pinang. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. MCA MIC kena mengadap Pokcik Puad Khalid Nordin Lokman Adam dan Hisham Jalil kemudian baru menyembah Wak President Welanon.
    sekarang orang bijak pandai dengan pantas telah meninggalkan kumpulan AZAB tu…
    yang terkial-kial menunggu tu kerana kurang CERDIK.
    goodbye Zahid Hamidi

Comments are closed.