Puad Zarkashi Muhyiddin Yassin letter of demand three-day quarantine minister double standard UMNO Supreme Council Member Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi defy UMNO decision
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menjangkakan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan berpisah ‘gara-gara’ bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu merujuk kepada ‘Proklamasi Orang Melayu’ diasaskan Dr Mahathir yang turut ditandatangi Pas baru-baru ini, tanpa kehadirian pemimpin tertinggi Bersatu termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

“Pas sign (tandatangan) proklamasi itu. Beberapa pemimpin Bersatu juga sign. Kenapa Muhyiddin dan Hamzah tidak sign?

“Pas-UMNO berpisah kerana Muhyiddin. Kali ini Pas-Bersatu akan berpisah kerana Tun M,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pada masa sama, Mohd Puad menyifatkan tiada beza antara Kongres Maruah Melayu pada 2019 dan Proklamasi Orang Melayu 2023 kerana kedua-duanya ditaja oleh Dr Mahathir.

Malah beliau membidas tindakan Dr Mahathir yang didakwa tidak melakukan apa-apa untuk orang Melayu ketika berkuasa sebaliknya hanya ‘bertindak’ ketika tidak berjawatan.

“Kongres Maruah Melayu diadakan ketika Dr Mahathir PM ke-7. Masa itu dia berkuasa. Apa dia buat? Banyak aset orang Melayu terjual termasuk aset Tabung Haji. Tahun 2023 dia tidak ada kuasa tetapi taja Proklamasi Orang Melayu pula.

“Masa berkuasa tidak buat apa. Masa tidak berkuasa nak buat apa? Masalahnya ada yang tidak serik-serik,” ujarnya.

Untuk rekod, pada 3 Mei lalu, media melaporkan beberapa pemimpin Pas termasuk presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang menandatangani ‘Proklamasi Orang Melayu’ yang diterajui Dr Mahathir.

Perkara tersebut didedahkan pembantu bekas Ahli Parlimen Langkawi iaitu Abu Bakar Yahya melalui hantaran di Facebooknya.

Gambar pertemuan mereka turut disertakan dengan antara yang kelihatan bagi menyatakan sokongan adalah Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan selain Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat, Mohd Syahir Che Sulaiman. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Pokcik Puad MENILIK NASIB tapi kelaut tilik untuk gerombolannya…
    ini PENIPUAN atau mengetahui rahsia Allah?
    dia punya telik PRU 15….
    dentum dentam macam tong taik…. akhirnya Allah bagi cukup-cukup jumlah dihujung TANDUK tapi itulah KEKUFURANNYA… tidak TAHU menilai tidak pernah MUHASABAH dan tidak tahu itulah Rahsia Dugaan.
    kekal dengan BONGKAK dan SOMBONG.

  2. Bila hidup dalam kedaan khawin paksa semua benda jadi tak betul terlalu banyak bayangan semua ke laut

Comments are closed.