Norsyakirah Muksin,

KUALA LUMPUR – Kem negara di Sukan SEA Kemboja terus menuai pingat emas apabila pencak silat menampilkan aksi cemerlang menghadiahkan dua emas hari ini.

Norsyakirah Muksin membuka langkah kanan apabila menyumbang emas pertama dalam kategori wanita 40-45 kilogram apabila menewaskan wakil Indonesia, Suci Wulandari 36-33 pada final di Chroy Changvar Convention Center.

Selepas itu Norfarah Mazlan menyumbang emas kedua dalam acara bawah 50kg menewaskan Nadhrah Sahrin dari Singapura 23-16 pada final.

Wasit memutuskan untuk menamatkan perlawanan pada mata 23-16 kepada atlet kelahir Sabah itu selepas pesilat Singapura melakukan kesalahan berat sebanyak tiga kali.

Sebelum ini, PersekutuanSilat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) meletakkan sasaran dua pingat emas daripada pesilat negara yang akan bersaing pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh.

Presiden Pesaka, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, pihaknya meletakkan sasaran rendah pada temasya sukan dwitahunan itu kerana 75 peratus daripada keseluruhan 22 pesilat negara yang dipertaruhkan kali ini adalah muka baharu. – MalaysiaGazette