Tan Sri SA Vigneswaran

KUALA LUMPUR – MIC menyatakan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi kepada Kerajaan Perpaduan yang diterajui  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, parti itu menyokong kerajaan selepas Anwar memberikan komitmen terhadap perjuangan dan kebajikan untuk masyarakat India di negara ini tidak terabai,

“Saya ada mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri minggu lepas, terus terang saya katakan pertemuan itu telah memberikan saya keyakinan tinggi bahawa beliau begitu komited dalam memastikan kepentingan, kebajikan untuk kaum India tidak akan sesekali terabai di bawah kepimpinannya.

“Kaum India tidak akan tertinggal dalam arus dalam apa jua aspek sekalipun. Ini juga merupakan keputusan parti secara keseluruhan, kami akan beri sokongan kepada Perdana Menteri untuk menghabiskan mandatnya selama lima tahun ini,” katanya nya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) di Ibu Pejabat MIC, hari ini.

Tan Sri SA Vigneswaran

Tambah beliau, Perdana Menteri juga telah memberikan jaminan semua program serta bantuan pendidikan inisiatif MIC akan diteruskan

Dalam pada itu, Vigneswaran berkata, parti itu akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Pada saya tidak adil kita sokong kerajaan ini tetapi pada masa sama kita perlu munasabah, janganlah minta kerusi yang sudah mereka (PH) menang sebelum ini. MIC tidak akan sulitkan mana-mana pihak dalam perkara ini,” ujarnya. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. MIC nampak CERDIK daripada UMNO..
    PASRAH tak tanding kerusi puak-puak MADANON menang…
    tapi MIC boleh minta duatiga kerusi UMNO menang jika Welanon tak beri itu bermakna puak-puak tu ANGGAP pandang MIC TERNAMPAK ANJING KURAP.
    goodbye Zahid Hamidi

Comments are closed.