Pemain Kuala Lumpur City FC, Zhafri Yahya (kiri) mengasari pemain Al Seeb (Oman), Ali Sulaiman Al-Busaidi (tengah) pada perlawanan akhir Piala AFC 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 22 OKTOBER 2022.

KUALA LUMPUR – Pemain tengah Kuala Lumpur (KL) City FC, Zhafri Yahya mengakui masih mencari rentak prestasinya selepas pulih daripada kecederaan tumit.

Baginya, walaupun sudah bermain dua perlawanan menentang PDRM FC dan Kedah FC sebelum ini namun kondisi dirinya masih belum di tahap terbaik.

“Sekarang saya masih mencari kecergasan untuk bermain semula dan ambil masa untuk menjadi lebih baik.

“Setiap pemain pasti akan rasa kurang keyakinan jika alami kecederaan.

“Tetapi itulah risiko sebagai seorang pemain, kita tidak boleh buat apa-apa,” ujarnya.

Zhafri menjelaskan bahawa tempoh rehat liga ketika ini digunakan sepenuhnya untuk dia membuat persediaan rapi bagi menghadapi aksi seterusnya menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pada 14 Mei ini.

“Pemain yang sebelum ini mengalami kecederaan pun ramai yang sudah kembali bersama pasukan semula dan ikutkan kami sudah bersedia untuk menempuh perlawanan selepas ini.

“Sekarang ini adalah waktu untuk ‘Coach’ Bojan Hodak meletakkan pemain-pemain terbaik untuk melawan Negeri Sembilan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast