Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 14 MEI 2023.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji sikap ditunjukkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dalam usaha mencari jalan penyelesaian isu air di negeri itu.

Pada masa sama, Perdana Menteri menyindir sikap angkuh dan sombong Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang lebih kepada untuk ‘bergaduh’ dengan kerajaan Pusat.

“Saya pergi ke Kelantan dua hari lepas hadir majlils Hari Raya Aidilfitri. Dia (Ahmad) hadir bersama dan nyatakan kesediaannya untuk berunding dengan baik untuk selesaikan masalah air.

“Dia (Ahmad) bagus. Tapi yang Kedah (Sanusi) angkuh, sombong dan hanya pandai cakap berkobar-kobar.

“Pada saya, orang sedia runding dengan baik, kita dua kali akan lebih baik,” katanya ketika menyampaikan ucapan Amanat Perdana pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) hari ini.

Menurut Anwar, beliau mahukan isu air di Kelantan diselesaikan tahun ini juga meskipun melibatkan kos yang mencecah sehingga berbilion ringgit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

Comments are closed.