Muhammad Sanusi Md Nor

KUALA LUMPUR – Enam negeri setakat ini masih mengekalkan persefahaman untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan pada Julai depan.

Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, pihaknya telah sepakat dalam pertemuan enam Menteri Besar dan Ketua Menteri daripada Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) yang diadakan Februari lalu  tidak berubah.

Beliau memberi bayangan akan adanya ‘risiko’ kepada kedua-dua gabungan parti sekiranya PRN tidak diadakan serentak.

“Dalam pertemuan itu, kami bincang mengenai perkara (bubar) itulah. Sekiranya diberikan cuti serentak bolehlah balik mengundi dan itu yang sebaiknya. Saya percaya masih ada persefahaman itu.

“Tetapi saya tidak pastilah kalau PH tiba-tiba tukar angin. PN masih sama mahukan tarikh pilihan raya yang sama di Kedah, Kelantan, Terengganu,” katanya kepada media hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) yakin BN dan PH mampu memberi saingan di negeri-negeri yang memiliki majoriti Melayu yang ditadbir Pas di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Katanya, jentera kedua-dua parti kini berada dalam keadaan siap siaga termasuk memperbaiki kelemahan-kelemahan lalu untuk berdepan saingan PRN.

Beliau juga percaya trend sokongan pengundi akan berubah dalam PRN akan datang berbanding pada PRU15 lalu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast