Mahdzir Khalid

KUALA LUMPUR – Parti gabungan yang membentuk Kerajaan Perpaduan memutuskan untuk menggunakan logo parti masing-masing bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah tidak lama lagi.

Kata Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, ia diputuskan berdasarkan pendirian Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Soal logo (pusat) tak beri makluman, setakat ini, PH guna lambang PH dan BN guna lambang BN,” katanya semasa sidang media di selepas menghadiri Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur petang tadi.

Mahdzir turut ditanya mengenai calon Menteri Besar gabungan itu bagi menghadapi penyandang kerajaan negeri itu, Perikatan Nasional (PN) dan beliau berkata, perkara itu akan diputuskan pimpinan pusat.

Poster boy akan ada, cuma ia akan diputuskan pusat,” katanya dalam sidang media sama.

Dalam pada itu, Mahdzir turut mengulas mengenai masalah ganguan air yang berlaku di Kedah.

Bekas Menteri Besar Kedah itu berkata, masalah tersebut perlu diselesaikan kerana mandat telah diberikan kepada PN. – MalaysiaGazette