Kon Yeow.

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) membuat siasatan lanjut berhubung tiga penjawat awam ditahan khalwat pada Khamis lalu.

Beliau berkata, ia merupakan isu yang tidak patut berlaku dalam kalangan penjawat awam kerana ia melanggar etika perkhidmatan.

“Saya minta Setiausaha Kerajaan Negeri membuat siasatan tentang laporan ini. Sekiranya benar, ini adalah satu kesalahan yang memang tidak dibenarkan khususnya oleh penjawat awam semasa waktu kerja.

“Mereka sepatutnya menunaikan kewajipan mereka sebagai penjawat awam,” kata Chow Kon Yeow kepada pemberita, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

Tiga penjawat awam antara ditahan berkhalwat dengan pelacur

MalaysiaGazette pada Khamis lalu melaporkan tiga penjawat awam antara empat lelaki ditahan berkhalwat dengan pelacur oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menerusi Ops Noda.

Hasil serbuan mendapati kesemua yang ditangkap dipercayai menerima khidmat seks di premis yang berselindung disebalik pusat urutan tradisional. – MalaysiaGazette