Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman

PEKAN – Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman, 46, dilantik Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang baharu berkuatkuasa 15 Mei lalu.

Pelantikan Ahmad Ziad bagi tempoh tiga tahun bermula 15 Mei 2023  hingga 14 Mei 2026.

Ahmad Ziad yang berasal dari Parit , Perak memiliki kelulusan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam jurusan kejuruteraan Kimia dari Massey University, New Zealand (2011), Sarjana Kejuruteraan Kimia (2003) dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia  (2000) daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor.

Beliau sebelum ini merupakan Profesor di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses dan merupakan Felo Penyelidik Utama Pusat Kelestarian Ekosistem & Sumber Alam (Pusat Alam) UMP.

Selain itu, beliau pernah dilantik sebagai Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMC) Universiti Malaysia Kelantan (UMK), (2019-2022), Dekan Pengajian Siswazah UMP (2015), Timbalan Dekan Pengajian Siswazah UMP (2013-2015) dan berpengalaman luas dalam bidang akademik dan penyelidikan.

Ahmad Ziad juga pernah dilantik sebagai Profesor Pelawat Ghanami College of Technology India. – MalaysiaGazette