MANCHESTER – Manchester City membuktikan kelab itu terbaik di dunia selepas membelasah Real Madrid 4-0 awal pagi tadi untuk layak ke final Liga Juara-Juara Eropah bertemu Inter Milan.
Bernardo Silva meledak dua gol pertama City di Stadium Etihad sebelum Manuel Akanji dan Julian Alvarez melengkapkan kemenangan pada aksi timbal balik separuh akhir itu.
Ia kemenangan yang cukup manis buat anak buah Guardiola selepas mereka disingkirkan oleh Real pada peringkat sama tahun lalu.
City menang 5-1 secara agregat dan mengekalkan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu di landasan musim yang cemerlang.
Mereka mampu memenangi gelaran liga dengan menewaskan Chelsea pada Ahad ini, berdepan Manchester United di final Piala FA pada 3 Jun dan terbang ke Istanbul menentang Inter untuk memburu trofi Liga Juara-Juara Eropah sulung mereka. – Agensi