Saturday, April 20, 2024
Home Sukan Faisal nafi pakai kereta mewah di Selangor

Faisal nafi pakai kereta mewah di Selangor

Pemain Selangor FC, Faisal Halim dikawal ketat pemain Terengganu FC pada perlawanan Liga Super Malaysia 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 18 APRIL 2023.

KUALA LUMPUR – Pemain sayap negara, Faisal Halim menepis dakwaan bahawa dia hidup mewah sejak menyertai Selangor bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Pemain kebangsaan itu turut menjelaskan dia memandu jenis kereta lain dan bukannya seperti yang dinyatakan oleh page Harimau Selatan X.

“Hahahahah lawak la kau ni min, hidup buat dosa je atas dunia ni. Saya punya A180 tahun 2019 cuba tengok berapa harga. Fitnah je kerja awak hari-hari. Kalau takde kerja mari kerja dengan saya.

“Saya pakai kereta ini sebelum saya main Selangor lagi. Masa saya di Terengganu saya dah pakai kereta ni. Di Terengganu gaji saya 80k ke?

“Pergilah cari pemain lain pula, kejap-kejap saya. Bosanlah,” kata Faisal.

Baru-baru ini, salah satu page di Facebook membuat hantaran yang mengatakan Faisal memandu kereta yang berharga RM450,000.

Sebelum ini, Faisal turut menafikan dia menerima gaji sebanyak RM80,000 di Selangor.

Tuduhan ini muncul selepas Arif Aiman menerima gaji baharu bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mana pemain itu menerima gaji sebanyak RM20,000 berbanding RM12,000 sebelum ini.

Faisal  merupakan salah seorang pemain sayap terbaik dalam negara ketika ini yang menjadi sandaran utama Selangor dalam saingan Liga Malaysia dan juga pasukan kebangsaan. – MalaysiaGazette