Foto perasmian Jalan Dr. Chen Man Hin yang dikongsi Lim Guan Eng di Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP Kebangsaaan Lim Guan Eng melahirkan perasaan gembiran kerana dua jalan di negara ini telah dinamakan dengan nama pemimpin parti itu.

Dalam ciapan di Twitter, Ahli Parlimen Bagan tersebut mengucapkan tahniah kepada Setiausaha DAP Anthony Loke kerana usaha menamakan sebatang jalan di Negeri Sembilan sempena nama pengasas parti itu mendiang Dr. Chen Man Hin.

Nama Man Hin diabadikan di Jalan Temiang dan dirasmikan oleh Anthony yang juga Menteri pengangkutan Jalan semalam.

“Tahniah kepada Setiausaha Agung saudara Anthony Loke dan Teo Kok Seong yang menjayakan usaha ini. Keluarga Dr Chen pastinya berbesar hati.

“Negeri Sembilan di bawah saudara Anthony Loke menyertai Pulau Pinang dalam menjadi dua negeri yang menamakan jalan sempena pimpinan kita,” ciap Guan Eng di Twitter.

Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum ini mengumumkan pertukaran dua batang jalan iaitu Jalan Temiang kepada Jalan Dr Chen Man Hin dan Jalan Sekamat kepada Jalan Datuk Sheikh Mohd Murtadza Ahmad iaitu bekas Mufti Negeri Sembilan.

Man Hin, 97, meninggal dunia di kediamannya di Seremban, Negeri Sembilan, pada 17 Oktober tahun lalu.

Mendiang adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Rahang dari tahun 1965 hingga 1982 dan juga pernah menjadi Ahli Parlimen Seremban Timor (1969 – 1974) dan Seremban (1974 – 1982 dan 1983 – 1990).

Nama bekas Pengerusi DAP mendiang Karpal Singh pula diabadikan di Pulau Pinang ketika Guan Eng menjadi Ketua Menteri pada 2014.

IJM Promenade di Lebuh Sungai Pinang dinamakan semula sebagai Persiaran Karpal Singh.

Karpal meninggal dunia pada 17 April 2014 selepas terlibat dalam satu lagi kemalangan kenderaan bermotor.

Ia dipercayai bahawa Ahli Parlimen Bukit Gelugor berusia 73 tahun dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri perbicaraan mahkamah kemudian pada waktu pagi apabila kemalangan itu berlaku.- MalaysiaGazette