Datuk Seri Saifduddin Abdullah

KUANTAN – “Kalau nak jadi perdana menteri, jadilah betul-betul. Jangan nak merapu berlakon sana sini”.

Itu kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menjalankan tanggungjawab bukan menjadi selebriti seperti merapu atau berlakon.

Menurut beliau, beliau menyatakan lima sebab mengapa Anwar tidak layak menerajui kempimpinan negara.

”Perkara pertama yang saya nampak ialah saya tidak tahu sama ada kita sekarang dipimpin oleh seorang perdana menteri atau seorang selebriti sebab saya tak nampak dia membawa dirinya sebagai perdana menteri tapi lebih kepada selebriti.

“Cara dia berpakaian, cuba mengajak orang mengikut trend cara dia, cara dia berlari-lari anak untuk menghadiri sesetengah program, jangan berlakonlah, you perdana menteri, tak payah berlakon.

”Saya nak cakap kat Anwar, tolong jangan merapu boleh tak? Sekarang dia ini merapu, daripada ketika dia membentangkan bajet, kami ahli Parlimen pun susah nak ikut dia punya ucapan” katanya.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Indera Mahkota itu mempersoalkan kewajaran untuk perdana menteri meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Madani di enam buah negeri.

”Dia (Anwar) raya sampai enam negeri. Tidak pernah dalam sejarah Perdana Menteri Malaysia beraya enam negeri selama itu,” katanya selepas majlis sambutan Aidilfitri Perikatan Nasional (PN) Indera Mahkota  semalam.

”Saya lihat ada lima perkara Anwar lakukan sejak jadi PM. Pertama jadi selebriti, kedua tunjuk pandai, dia tidak perlu tunjuk pandai, dia perdana menteri. Tetapi bila dia tunjuk pandai sesetengah kenyataan dia mengelirukan termasuk kalimah Allah.

”Yang ketiga, dia nak tunjukkan yang dia jaguh antarabangsa tapi dia juga cuai bila dia mengeluarkan kenyataan dia misalnya berkaitan perairan Malaysia.

”Keempat, dia suka memburukkan orang. You perdana menteri. Kalau perdana menteri adil untuk semua rakyat, you tak perlulah memburukkan semua orang. Siapa yang dia tidak attack di kalangan orang Melayu? Tidak perlu perlu lebai atau serban.

”Dan kelima, dia hendak mencipta ‘hantu’ yang baharu untuk dibenci oleh rakyat. Saya harap dia jadi perdana menteri dan ketua pembangkang, Hamzah Zainudin sudah bagitau, kami nak jadi pembangkang yang konstruktif, ” katanya.

Dalam pada itu Saifuddin menganggap Anwar mungkin digambarkan selebrituikerana menjadi berjaya perdana menteri pertama di Malaysia yang mempunyai filem mengenai kisah hidupnya sendiri iaitu Anwar :The Untold Story yang mula ditayangkan di pawangan seluruh negara sejak Khamis lalu. – MalaysiaGazette