KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin UMNO yang diuar-uarkan akan menyertai Pas dan Perikatan Nasional (PN) minggu depan diminta fikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan.
Ini kerana, lebih 30 tahun dahulu, parti yang mereka hendak sertai itu bertanggungjawab memecah-belahkan umat Islam dan orang Melayu dengan fatwa mengarut pemimpin kanannya.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, mustahil bekas pemimpin UMNO ini lupa ketika berada dalam parti, akidah mereka, ahli dan penyokongnya telah ‘dikafirkan’ oleh Pas.
“Sudah lupakah mereka dengan isu dua imam, solat jenazah dua kali, sembelihan UMNO tidak sah dimakan, kahwin dua kali hanya kerana berbeza fahaman politik dan parti?
“Bekas pemimpin ini ada dalam UMNO ketika itu dan bekerja keras melawan isu itu tetapi, sekarang mereka mahu menyertai Pas hanya kerana tidak sehaluan dengan kepimpinan parti dan mahukan kuasa.
“Sepatutnya, sebagai umat Islam dan orang Melayu yang bukan aliran Pas berpendirian ‘tiada maaf bagi mu’. Aduiii, pening saya (memikirkan) tindakan bekas pemimpin UMNO ini,” katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya hari ini.
Media semalam melaporkan, bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa antara lebih 10 bekas pimpinan UMNO yang sudah mengisi borang permohonan menganggotai Pas.
Perkara itu diumumkan Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang dilaporkan berkata, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula menunjukkan minat untuk menyertai parti Bersatu.
Katanya, satu pengumuman penerimaan keahlian mereka dijangka dibuat penghujung bulan ini.
Tegas Zaid, perjuangan Pas sejak dari dulu hingga kini bukan untuk menegakkan syiar Islam sebaliknya mahu menjatuhkan kerajaan.
“Kita jangan lupa, hari ini pun kita kena lihat politik sensasi mereka adalah untuk memburuk-burukkan kerajaan dengan menggunakan isu kalimah Allah dan konsert Coldplay.
“Pada saya, semua isu yang dimainkan oleh Pas ini adalah politik karut, tidak menguntungkan umat Islam dan orang Melayu.
“Yang penting pada mereka, dapat memecah belahkan masyarakat dan menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itu sahaja,” ujar beliau.
Beliau berharap, orang UMNO yang masih kekal dalam parti itu memberi sokongan padu kepada Anwar dan Kerajaan Perpaduan.
Anwar dan kerajaan ini, katanya, yang hendak mengekalkan demokrasi dan sistem berparlimen di Malaysia supaya rakyat boleh memilih pemimpin secara harmoni.
Sedangkan, parti lawan ini menggunakan segala isu untuk menjatuhkan kerajaan dan sudah tentu rakyat dapat membezakannya. – MalaysiaGazette
Zaid Ibrahim tidak tahu PERUBAHAN dalam Islam. contoh Zaid Ibrahim adalah peminum alcohol tegar hingga hari ini. Jika kau berhenti minum Arak mungkin 3 Sebab;
1) dipaksa
2) SAKIT TENAT koma
3) INSAF TAUBAT
kesemua itu adalah PERUBAHAN. adakah ANDA tetap menyimpan nafsu mabok?
atau sanaksaudara KAU akan kata…. Zaid Ibrahim “TIADA MAAF KAU dapat dari Allah”. adui pening nitizen dengan tulisan Zaid Ibrahim ni.. kalau dia tak buat apa-apa rakyat Malaysia tidak tahu KEBODOHAN MELAMPAU itu.
OK goodbye Zahid Hamidi