Ahmad Zahid Hamidi

MACHANG – UMNO mempunyai pendekatan tertentu dalam menyantuni pengundinya untuk menyokong parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.

Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara sama pernah dilakukan UMNO di dalam Barisan Nasional (BN) dan kali ini ia dilakukan atas dasar kebersamaan parti-parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan.

“Dahulu pengundi-pengundi UMNO, ertinya pengundi BN turut menyokong calon-calon daripada MCA, MIC, serta parti-parti (komponen) lain yang ada dalam BN.

“Kaedah yang sama digunakan bukan kerana nama parti, tetapi atas rasa kebersamaan parti-parti yang ada dalam Kerajaan Perpaduan,” kata Pengerusi BN itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Felcra Berhad di Bukit Tiu, di sini hari ini, yang turut dihadiri, Pengerusi Felcra Berhad Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Mengenai senarai calon bagi enam PRN itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata parti itu telah mempunyai senarai pendek calon, selepas perbincangan diadakan bersama Pengerusi Perhubungan BN di enam negeri terbabit.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.- BERNAMA

1 Komen

  1. goodbye Zahid Hamidi
    cara apalagi nak kelentong. rakyat TAHU tiada gunanya UMNO menang. guna lambang TIMBANG makna TUMBANG. kalau hilang Wang Pertaruhan nanti MUKA nak LETAK mana? sembang parpukari…
    goodbye Zahid Hamidi….

Comments are closed.