Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh melakukkan gimik perasmian pada Majlis Persamian Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Peringkat Kebangsaan 2023 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 21 MEI 2023.

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia mempertimbangkan taekwondo kembali menjadi sebahagian daripada sukan teras berdasarkan prestasi cemerlang sukan itu di Sukan SEA di Kemboja baru-baru ini.

Menterinya, Hannah Yeoh mengakui kajian semula sukan teras perlu sentiasa dilakukan agar negara tidak ketinggalan seiring dengan kemunculan sukan baharu di luar negara.

Beliau memberitahu, pada masa sama, sukan-sukan yang popular di akar umbi perlu juga diberi peluang dan pihaknya akan mengkaji semula perkara itu.

“Untuk menilai sukan teras ini, sepak takraw juga meminta perkara yang sama dan dalam perubahan paling terkini di mana kita telah meminda Akta Pembangunan Sukan dan pastikan kita telah gazet jumlah 103 sukan dan perubahan sentiasa berlaku sekarang di mana sukan-sukan baharu telah muncul.

“Kalau kita tidak mengkaji sekarang semula sukan teras ini kita akan ketinggalan, itu sebab kita akan menilai semula sukan-sukan teras untuk pastikan kita berjalan dengan bersama gerakan di luar negara di mana sukan-sukan yang popular di akar umbi perlu diberi peluang juga, kita akan kaji semula,” katanya.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bersalaman bersama para kejohanan yang hadir pada Majlis Persamian Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Peringkat Kebangsaan 2023 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 21 MEI 2023.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada taekwondo akan dipertimbangkan semula dalam sukan teras berdasarkan prestasi cemerlang sukan itu di Sukan SEA di Kemboja baru-baru ini.

Terdahulu beliau merasmikan Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Peringkat Kebangsaan 2023 di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.

Sementara itu, Hannah memberitahu, kejohanan tu merupakan inisiatif KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) untuk memperkasakan pembangunan sukan seni mempertahankan diri terutamanya di peringkat akar umbi menerusi penganjuran kejohanan seterusnya mencungkil bakat baharu sukan itu di negara ini.

Beliau berkata, penganjurannya mampu memberikan impak postif dengan objektif dengan mendedahkan peserta dan pengunjung mengenai kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif di samping memupuk disiplin yang tinggi menerusi penglibatan di dalam sukan seni mempertahankan diri.

Pada masa katanya, ia juga dapat memperkukuhkan perpaduan dan persefahaman di antara satu sama lain menerusi penganjuran acara sukan menghimpunkan pemegang taruh sukan negara terutamanya dalam komuniti sukan seni mempertahankan diri. – MalaysiaGazette

Reaksi para peserta kejohanan yang hadir pada Majlis Persamian Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Peringkat Kebangsaan 2023 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 21 MEI 2023.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast