Gambar hiasan.

PASIR MAS – Polis menahan lapan pendatang tanpa izin warga Myanmar di dalam kebun kelapa sawit Kampung Kubang Binjai, di sini pada 6.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Kama Azural Mohamed berkata, penahanan itu melibatkan tujuh lelaki dan seorang wanita Myanmar.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Bakong, di sini membuat tangkapan kerana mereka dipercayai tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah untuk berada di Malaysia.

“Hasil soal siasat, kesemuanya mengaku telah masuk ke Malaysia melalui sungai dengan menaiki sampan, untuk mencari pekerjaan di Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua tangkapan direman selama 14 hari bermula semalam sehingga 3 Jun ini dan ditahan di lokap ibu pejabat polis daerah (IPD) Pasir Mas.

Kama Azural berkata kes disiasat di bawah seksyen 51 (3) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu peruntukan menahan warganegara asing yang ditangkap untuk siasatan lanjut.  – BERNAMA

 

1 Komen

  1. Tahniah atas Usaha anda sebagai perisai
    keselamatan negara..jgan bagi pluang Kpd mereka lg nk
    Menjadi masalah kpd negara kita.

Comments are closed.