KETIKA ini, UMNO menerima kecaman yang hebat khususnya daripada Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) gara-gara arahan meminta ahli-ahlinya mengundi calon-calon daripada parti-parti Kerajaan Perpaduan termasuk DAP.
Maka, keluarlah macam-macam ‘dalil’ bagi menghasut ahli-ahli dan penyokong UMNO agar tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pucuk pimpinan parti.
Dalam keghairahan mereka menghentam UMNO, Pas dan Bersatu seolah-olah terlupa bahawa mereka sendiri terlebih dahulu tidur sebantal dengan DAP.
Malah, Pas pernah menjalinkan kerjasama politik atau tahaluf siyasi sebanyak dua kali dengan DAP iaitu menerusi Gagasan Rakyat (1990 hingga 1996) dan Pakatan Rakyat (2008 hingga 2015).
Pemimpin-pemimpin Pas ketika itu termasuk Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bermati-matian mempertahankan tahaluf siyasi dengan DAP dalam kerangka PH walaupun dikritik oleh tokoh-tokoh agama.
Mereka juga berkempen meminta ahli-ahli dan penyokong Pas mengundi DAP dalam setiap pilihan raya yang ditandingi parti itu walaupun tidak dapat dipastikan sama ada penyokong DAP melakukan perkara yang sama di kawasan Pas.
Mereka yang walak sepenuh hati terhadap arahan pucuk pimpinan sanggup bekerja keras menyumbang tenaga memacakkan bendera dan memasang poster calon-calon DAP.
Bersatu yang diasaskan oleh bekas-bekas pemimpin UMNO pula mula ‘bercumbu’ dengan DAP hampir dua tahun sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Pemimpin-pemimpin Bersatu khususnya Pengerusinya ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin begitu mesra dengan pemimpin-pemimpin DAP.
Walhal, semasa masih bersama UMNO, mereka merupakan antara tokoh-tokoh yang lantang mengecam DAP di bawah kepimpinan dinasti Lim.
Dr Mahathir dan Muhyiddin tergamak menjilat ludah sendiri semata-mata untuk memenuhi dendam kesumat mereka terhadap pemimpin-pemimpin UMNO khususnya Datuk Seri Najib Razak.
Kini, Pas dan Bersatu secara terangan-terangan menunjukkan sikap hipokrit apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyeru agar semua ahli dan penyokong UMNO mengundi untuk calon-calon yang mewakili parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Seruan itu dibuat bagi memastikan Kerajaan Perpaduan dapat dikekalkan di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan serta diwujudkan di Kelantan, Kedah dan Terengganu.
Sukar difahami mengapa Pas dan Bersatu ‘tersentap’ kerana mereka juga pernah mengeluarkan arahan yang serupa ketika masih bersekutu dengan DAP dahulu.
Memang perkara biasa apabila parti-parti yang bersahabat membuat seruan yang sedemikian atas semangat setiakawan dalam sesebuah pakatan politik.
Kalau Pas dan Bersatu pernah bermati-matian mempertahankan DAP satu ketika dahulu, apa pula salahnya jika ahli-ahli dan penyokong UMNO memberi undi kepada calon parti berkenaan. – MalaysiaGazette
Penulis ni simpan sikit BODOH tu untuk keturunan ANDA.
PAS dan BERSATU telah “merasa AZAB halatuju DAP” kerana itu dia keluar dengan cepat untuk memperbetulkan tindakan supaya rakyat tidak DIPERDAYA.
UMNO tidak ada akal berfikir CERDIK terutama Wak President Welanon dan semua MKTnya.
seperti Jamal Abdillah (penyanyi) dia pernah berceramah berkaitan DADAH supaya orang lain tidak terjebak.. semua telah tahu dia penagih.
UMNO ni ganjil #**orang kata tahi BABI busuk Haram dan tidak boleh dimakan.. tapi dia masih MAHU.. mencium bergelumang dan merasainya.. itulah yang rakyat FAHAM.
penulis buat wasiat agih-agih KEBODOHAN MELAMPAU itu kepada keturunan ANDA. Rakyat tidak memerlukan.