Wang kertas 2,000 rupee telah diperkenalkan pada 2016.

NEW DELHI – Penduduk India berpusu-pusu menukar wang kertas 2,000 rupee di bank selepas negara ini berhasrat untuk menghentikan dedominasi wang kertas itu daripada edaran.

Nota itu diperkenalkan pada 2016 selepas Kerajaan India mengeluarkan wang kertas 500 dan 1,000 rupee.

Keputusan Perdana Menteri Narendra Modi dilihat sebagai percubaan untuk mengekang wang hitam.

Nota wang itu boleh ditukar sehingga 30 September.

Bank pusat India pada Jumaat lalu berkata, wang kertas 2,000 rupee – nota mata wang denominasi tertinggi India – akan dikeluarkan daripada edaran tetapi ia tetap sah.

Ini bermakna Reserve Bank of India (RBI) mahu kebanyakan wang kertas tersebut ditukar atau didepositkan ke dalam bank menjelang 30 September dan dikeluarkan secara beransur-ansur daripada edaran.

Tetapi wang tersebut tidak kehilangan status kerana orang ramai masih boleh menggunakannya untuk transaksi walaupun selepas tarikh akhir.

Bank juga telah diberitahu untuk tidak mengeluarkan nota 2,000 rupee.

Pada masa sama, bank diminta menambah lebih ramai kakitangan dan kaunter untuk menangani jumlah urus niaga yang dijangkakan tinggi.

Pengumuman itu telah mencetuskan sedikit panik dalam kalangan orang ramai. – Agensi