KUALA LUMPUR – Sekiranya Datuk Onn Jaafar masih hidup, pengasas UMNO itu akan menampar muka pemimpin parti yang menyeru supaya akar umbi parti itu mengundi DAP.
Pendakwah bebas, Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata, pemimpin UMNO sekarang seolah-olah telah lupa tujuan DAP ditubuhkan.
“Apakah UMNO terlalu terdesak sehingga terpaksa menyeru sedemikian rupa? Apakah UMNO sudah lupa tujuan DAP ditubuhkan? Jika UMNO (Melayu) mudah lupa, biar saya ingatkan.
“Pertama, DAP yang ditubuhkan pada 1966, adalah anak butir PAP. Konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan sejak dari mula ia ditubuhkan hingga ke hari tidak pernah pudar, tidak pernah luntur walaupun sedikit tetapi semakin tegar.
“Mampukah UMNO jinakkan DAP dengan Malaysian Malaysianya? Malaysian Malaysia bermaksud, sama rata dan sama rasa,” kata Ridhuan.
Beliau mendakwa, perjuangan DAP bercanggah dengan perjuangan UMNO yang meletakkan Islam dan Melayu di tempat yang tinggi.
Tambah Rihduan, dalam Deklarasi Setapak DAP jelas menyatakan, “kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok Bumiputera dan bukan bumiputera ditentang”.
Melalui artikel yang dikongsi di Facebook, Ridhuan memberikan 16 fakta mengapa ahli UMNO tidak wajar memberi undi kepada DAP.
“Justeru, tidak usahlah pemimpin UMNO terus memuja DAP dan memaksa ahlinya mengundi DAP. Hentikanlah. Ahli UMNO yang saya kenali terlalu sukar untuk ubah persepsi atau imej mereka terhadap DAP.
“Sejarah ‘hitam’ DAP tetap terpahat dalam sanubarinya sampai bila-bila. Ia tidak boleh disucikan sekelip mata. Tunggulah lama sikit, kalau mahu pun disucikan,” katanya.
Sementara itu, beliau mendakwa DAP agak lunak dan mesra Islam pada waktu ini kerana mahu menjaga hati UMNO agar parti itu kekal dalam Pakatan Harapan buat sementara menunggu pilihan raya negeri tidak lama lagi.
Media sebelum ini melaporkan, pengundi UMNO di enam negeri yang akan menghadapi pilihan raya diminta memilih calon Kerajaan Perpaduan termasuk DAP di kawasan masing-masing.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tindakan itu wajar mengikut disiplin parti apabila berada dalam Kerajaan Perpaduan.
Kalau ahli UMNO yg menyokong PN dan Muhyidin yg nak lenyapkan UMNO, macam mana plak hukumnya???? Patut kena penerajang kaaa? Ko tak plak kaji apa tujuan Bersatu ditubuhkan? Bodoh mcm ni pun blh jd Profesor kaaa??
Ala si tonging ni.. muhyiddin tu kan melayu.. bersatu pun melayu jadi msih ada org memperjuangkan melayu.. DAP tu bukan melayu ko dah kenapa.. x baca sejarah ke? Asal bersatu pun dri bekas pemimoin umno.. bodoh betul statement ko