Khairy Jamaluddin. Foto MUHD NA’IM, 11 NOVEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tetap berbangga dengan semangat juang ditunjukkan atlet dalam Sukan SEA 2023 Kemboja baru-baru ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada kontinjen negara yang berjuang meskipun sedih dengan kemerosotan pingat emas dalam temasya itu

“Komitmen atlet dan kontinjen kita, saya salute kerana saya telah meninggalkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam keadaan yang kukuh bukan hanya keputusan 2017 Sukan SEA yang terbaik dalam sejarah begitu juga 2016 Olimpik Rio dan Paralimpik terbaik dalam sejarah negara termasuk enam atlet menjadi juara dunia.

“Menteri kata, Sukan SEA kali ini banyak atlet muda, memang betul tetapi itu dasar dari dulu lagi, zaman sebelum saya pun, Sukan SEA kita hantar atlet muda,” katanya.

Beliau berkata demikian pada  Podcast Keluar Sekejap yang dihoskan Shahril Hamdan semalam.

“Kalau ada pun Datuk Azizul Hasni Awang sebab dia yang mahu sertai, Datuk Pandelela Rinong dan lain juga ada tetapi kita banyak ketengahkan pelapis-pelapis juga,” katanya.

“Tetapi 40 sasaran emas kita, sebagai contoh, sukan renang yang kita berjaya menang dalam temasya sebelum ini juga agak hambar,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast