Keadaan lokasi selepas penghadang keselamatan White House dirempuh pemandu trak. foto huffpost.com

WASHINGTON – Seorang pemandu trak ditahan selepas merempuh penghadang keselamatan di seberang White House pada malam Isnin.

Seorang pegawai Perkhidmatan Rahsia berkata, tiada siapa yang cedera dan siasatan awal mencadangkan rempuhan itu mungkin disengajakan.

Beberapa jalan dan kawasan pejalan kaki ditutup susulan insiden itu.

Setakat ini identiti pemandu trak itu tidak dikenal pasti lagi.

WUSA – stesen televisyen bersekutu CBS yang membuat liputan di Washington DC memetik saksi sebagai berkata, pemandu itu telah melanggar penghadang untuk kali kedua.

Insiden itu berlaku hampir jam 11 malam turut menyebabkan pelanggan di hotel berhampiran dipindahkan. – Agensi