Datuk SM Faisal SM Nasimuddin.

KUALA LUMPUR – Naza Corporation Holdings Sdn Bhd (NAZA) mengumumkan peletakan jawatan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin sebagai Pengerusi Eksekutif Bersama.

NAZA dalam satu kenyataan berkata, SM Faisal antara individu yang memainkan peranan utama dalam pembangunan operasi kumpulan NAZA sejak 20 tahun lalu.

“SM Faisal turut terbabit dalam pengembangan portfolio syarikat dan membentuk jaringan luas dalam kalangan setiap lapisan pihak berkepentingan merentasi pelbagai industri.

‘Hasil kerjasama ini adalah amat bernilai kepada Kumpulan NAZA sehingga hari ini,” kata kenyataan itu.

Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada adik-beradiknya, Nur Diana Nasimuddin, SM Nasaruddin SM Nasimuddin, SM Faliq SM Nasimuddin dan Nur Nadia Nasimuddin yang sentiasa memberi sokongan.

Selain itu, penghargaan turut diberikan kepada Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan NAZA, pihak pengurusan korporat dan semua ketua bahagian perniagaan Kumpulan NAZA.

SM Faisal mempunyai keyakinan penuh pengurusan dan tenaga kerja akan terus memacu Kumpulan NAZAke tahap yang lebih tinggi pada masa hadapan.

“Kumpulan NAZA mengucapkan selamat maju jaya kepada SM Faisal dalam apa jua usaha beliau dan mengalu-alukan sokongan berterusan beliau ke arah pertumbuhan syarikat di masa akan datang,” katanya. – MalaysiaGazette