Gambar hiasan

BANGKOK- Jabatan Perubatan Tradisional dan Alternatif Thailand (DTAM) menggantung lesen sebuah kedai kanabis berdekatan sebuah sekolah ternama di Silom Road dekat sini untuk tempoh sebulan.

Kedai kanabis berhampiran sekolah berprestij St Joseph Convent School itu menjadi perbualan hangat minggu lepas disebabkan lokasinya.

Menurut Ketua Pengarah DTAM, Thongchai Lertwilairattanapong, lesen kedai berkenaan digantung kerana pemiliknya gagal mengemukakan laporan bulanan penggunaan dan penyimpanan ganja kepada pendaftar DTAM.

Dr Thongchai berkata, setakat ini tiada peraturan khusus berhubung lokasi kedai ganja namun Kabinet akan mengatasi isu berkenaan apabila Akta Kanabis dan Hemp diluluskan di Parlimen.

Tambahnya, jabatan itu akan melakukan pemeriksaan lebih ketat terhadap kedai ganja sebelum mengeluarkan lesen pada masa depan.

Sementara itu, Cannabis Future Network di halaman Facebooknya semalam memaklumkan akan mengadakan acara pro-kanabis tidak selepas kerajaan baharu ditubuhkan.

Tindakan diambil selepas Move Forward Party (MFP) dan tujuh sekutunya menandatangani perjanjian yang merangkumi beberapa agenda, Isnin lalu.

Antara agenda utama yang digariskan adalah pelaksanaan semula kanabis sebagai dadah narkotik.- Agensi