SEBERANG PERAI – Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes dadah.
Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dalam satu kenyataan berkata, A. Thinesh, 27, merupakan saksi penting membabitkan siasatan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Alamat terakhir lelaki itu di No. 22 Seberang Jetty, Kuala Kurau, Perak dan dia diminta hadir bagi memberi keterangan di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah SPT,” katanya hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Noorakma Mohd Adzli di talian 017 583 8577 atau 04 538 2222. – MalaysiaGazette