KUANTAN – Meskipun UMNO ramai yang skeptikal terhadap parti ini dan berdepan dengan pelbagai serangan negatif, namun setakat ini rekod perkhidmatan cemerlangnya masih belum dapat ditandingi oleh mana-mana parti lain.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak perlu mengggunakan agama untuk meraih sokongan rakyat.
Sebaliknya, UMNO yang menjadi tunjang BN adalah parti politik yang sudah membuktikan ia lebih baik dalam memberi khidmat kepada rakyat.
Lantaran itu, jika ada pihak-pihak yang masih skeptikal kepada UMNO, itu menunjukkan mereka percaya rakyat masih memberi ruang, kepercayaan dan minat terhadap parti ini.
“Jadi, walaupun skeptikal itu adalah persepsi negatif, yang penting UMNO dan BN perlu bangkit dan terus bekerja keras mengubah pandangan tersebut kepada positif,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Calon-calon UMNO dan BN yang bakal bertanding pada pilihan raya negeri nanti perlu bekerja keras membuktikan bahawa mereka mewakili parti untuk berkhidmat kepada rakyat yang menjadi keutamaan UMNO dan parti-parti komponen sejak asal penubuhannya.
“UMNO dan BN perlu terus dan terus menawarkan bakti khidmat pada rakyat,” tegas.
Mengulas persepsi negatif yang memainkan oleh ‘musuh’ UMNO, Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang itu yakin parti tersebut dapat menguruskan serangan persepsi bertubi-tubi dengan membuktikan ia masih kekal itu sebagai sebuah parti yang relevan sebagai pembela bangsa, agama dan negara.
Pada masa sama, beliau berkata, rakyat perlulah memberi penilaian yang adil kepada UMNO dan BN dan bukan terikut-ikut dengan emosi.
“Pada saya, serangan demi serangan kepada UMNO dan BN kerana ‘musuh’ mahu memutuskan silaturahim antara parti ini dan rakyat.
“Sedangkan pihak yang berusaha untuk merosakkan UMNO juga ternyata gagal dalam kepimpinan parti masing-masing. Malah, mereka juga ada trek rekod gagal menguruskan kawasan dan keperluan pengundi mereka,” tambahnya.
Oleh itu, rakyat perlu berasa resah dan risau dengan pemimpin-pemimpin politik yang sentiasa memecah-belahkan masyarakaat.
”Justeru, dalam memilih kerajaan rakyat tidak boleh terlalu beremosi, berdasarkan apa yang dilihat di sosial media tetapi fikirlah masa depan negara. Nilailah kejayaan dan kemampuan parti dan pemimpin-pemimpin mereka yang akan bertanding,” ujarnya. – MalaysiaGazette
hello Wan Rosdy.. apa KAU sembang ni? musuh UMNO TELAH BERJAYA melumpuhkan UMNO. Kejayaan musuh ITU amat berjaya dan sekarang parti itu berjaya membina KERAJAAN sehingga ZAHID HAMIDI memuji kepintaran MUSUH ITU mentadbir MALAYSIA dengan jayanya. ZAHID apa kejayaan dia? Apa sumbangan dia? Kejayaan BESAR dan CEMERLANG ZAHID adalah merembat.
Masih TIADA AKAL berfikir? tanya sama itu Lim Guan Eng dan Rayer. jangan tanya ANWAR, tak pasal-pasal kau kena ketuk ketampi.
goodbye Zahid Hamidi sayonara