Ahmad Zahid Hamidi (tengah).

PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkkan rasa hairan dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

“Dengan saya, saya? Pasal apa saya?,” kata timbalan perdana menteri kepada media selepas merasmikan penutupan Program Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2023 di sini, hari ini.

Persoalan itu dilontarkan selepas diminta mengulas mengenai kenyataan Muhyidin yang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman terhadap beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran dakwaan memperoleh dana politik daripada syarikat berkaitan perjudian bagi membiayai perbelanjaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.

Semalam, Muhyiddin yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan, dakwaan tersebut sebagai fitnah dan merupakan tuduhan serius.

Ini kerana katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menyatakan tidak ada satu pun petanda bahawa perkara yang dinyatakan Anwar dan Ahmad Zahid berhubung dakwaan itu betul.

Azalina memaklumkan perkara itu menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat kelmarin, dengan menyatakan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dapat membuktikan dakwaan bahawa parti PN menerima dana daripada syarikat perjudian untuk berkempen pada PRU15.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, beliau menyerahkan perkara berkenaan kepada SPRM untuk memperincikan siasatan yang sedang dilakukan.

Ia susulan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Azalina bagi memperjelaskan  mengenai perkara itu.

Azalina dalam kenyataan semalam berkata, beliau tidak menyatakan siasatan SPRM berhubung isu berkenaan telah dihenti atau digugurkan.

Sebaliknya beliau menegaskan, jawapan yang diberikan kepada Dewan Rakyat bagi pihak SPRM itu hanya menyatakan tiada fail siasatan dibuka memandangkan maklumat yang telah diperoleh setakat ini adalah bersifat umum. – Malaysiaazette

PN pertimbang ambil tindakan undang-undang terhadap Anwar, Zahid

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Muhyidin nak Saman kenapa tiba-tiba ZAHID HAMIDI ketakutan? ANWAR IBRAHIM senyap aja… atau ADA bisik-bisik antara cikgu dengan Muhyidin dapat di HIDU oleh ZAHID HAMIDI. ZAHID siap sounds SPRM supaya siasat bebetul… Wak Welanon dah ketagih ke pejabat itu?
    hehehe PRN 6 NEGERI terlalu dekat sedang menggasak himpit segala ruang KEBEBASAN yang diimpikan ZAHID.
    Sayonara goodbye Zahid Hamidi

Comments are closed.