Lim Kit Siang Sian See Annuar China
Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Kenyataan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa terdapat beberapa orang menghubungi beliau ajak berjumpa untuk menawarkan parti itu menyertai Kerajaan Perpaduan disambut sinis oleh Lim Kit Siang.

Veteran DAP bertanya, ‘rokok’ apa yang telah Hadi hisap sehingga mengeluarkan kenyataan tersebut,

“Rokok apakah yang dihisap oleh Hadi apabila beliau mendakwa Pas ditawarkan peluang untuk menyertai kerajaan perpaduan Anwar?

“Hadi telah dicabar oleh ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk mendedahkan identiti individu yang menawarkan peluang kepada partinya menyertai kerajaan perpaduan.

“Saya tidak akan terkejut jika Hadi tidak dapat mendedahkan identiti individu itu, kerana orang ini tidak wujud, sama seperti Hadi tidak dapat membuktikan pelbagai tuduhan liar dan tidak masuk akal yang dia buat terhadap DAP dan saya,” kata Kit Siang.

Bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu juga sinis dengan kenyataan Hadi bawa Pas wajar diberikan peranan penting dalam Kerajaan Perpaduan kerana parti itu mempunyai bilangan kerusi paling banyak dalam Dewan Rakyat.

Kit Siang berkata, dengan permintaan seperti itu Hadi tidak jujur untuk menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

“Tegas Hadi, Pas perlu diberi peranan dominan kerana ia mempunyai bilangan kerusi parlimen terbanyak, daripada semua parti. Adakah Hadi mahu menjadi Perdana Menteri?

“Ini menunjukkan Hadi tidak ikhlas mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan, kerana beliau lebih berminat dengan penguasaan Pas daripada perpaduan,” kata Kit Siang.

Pada 27 Mei lalu Presiden Pas itu mendakwa, tawaran menyertai Kerajaan Perpaduan muncul kerana Pakatan Harapan (PH) khususnya PKR menyedari kedudukannya tidak kukuh, apatah lagi jumlah kerusi Melayu parti berkenaan tidak sebanyak PAS.

“Ada orang hubungi saya, beberapa orang ajak berjumpa dengan tawaran-tawaran supaya Pas menyertai kerajaan kerana jumlah Pas paling besar iaitu 43 kerusi.

“PKR 30 sahaja, dalam keadaan itu 19 kerusi PKR Melayu, DAP tiga orang Melayu, kerajaan didominasi oleh bukan Melayu.

“Dia nak ajak Pas tapi Pas duduk belakang bukan duduk di depan. Patutnya bila buat kerajaan, yang paling besar memimpin,” kata Hadi.

Hadi menjelaskan, ketika ini pihaknya terbuka dengan mana-mana tawaran oleh sesiapa pun tetapi tawaran berkenaan mesti tidak lari daripada prinsip, matlamat dan hala tuju Pas.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. TGHA pegang prinsip tidak dedah nama, tentu ADA ASAS. Kerana tidak mencarcamarbakan Urusan tersebut. ANWAR IBRAHIM juga tidak mendedahkan syarikat JUDI yang menaja PRU 15 untuk PN. ANWAR cuma sebut je.. apek ada berani suruh ANWAR dedah?
    Apek Lim Kit Siang terlalu ketagihan dengan PENYAKIT lamanya.
    goodbye Zahid Hamidi sayonara

Comments are closed.