PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di kawasan Tampoi di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Balveer Singh berkata, kesemua warga tempatan yang berusia dalam lingkungan 24 hingga 35 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara.

Beliau berkata, pihaknya juga telah mengenal pasti dan sedang mengesan beberapa individu yang masih bebas, dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.40 malam itu.

“Kesemua mereka ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 365 KK serta Seksyen 385 KK.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menyalurkannya kepada pegawai penyiasat ASP Risman Sahid di talianĀ 019-7766 043,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 28 saat di media sosial yang memaparkan mengenai kejadian pergaduhan itu. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast