Mauricio Pochettino.

LONDON – Chelsea mengumumkan pelantikan Mauricio Pochettino  sebagai pengurus baharu selepas bekas pengendali Paris Saint-Germain (PSG) itu menandatangani kontrak selama dua tahun dengan pilihan lanjutan setahun lagi.

Bekas pengendali Tottenham Hotspur itu juga akan mengambil alih tugas daripada pengurus sementara, Frank Lampard bermula 1 Julai ini.

Chelsea menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris pada kedudukan ke-12 musim lalu.

“Mauricio adalah jurulatih berkelas dunia dengan rekod prestasi yang cemerlang. Kami semua tidak sabar untuk dia menyertai kelab,” kata pemilik Chelsea dalam satu kenyataan di laman kelab hari ini.

Rundingan dengan Pochettino sudah bermula sejak April 2023 walaupun beberapa nama lain dipertimbangkan termasuk Julian Nagelsmann dan juga Luis Enrique.

Namun akhirnya The Blues menguatkan tekad mereka memburu Pochettino yang tahu serba serbi bola sepak Inggeris dan kota London.

Pochettino yang gemar menerapkan corak permainan menyerang mula membina reputasinya ketika membawa barisan pemain muda Southampton mengakhiri saingan Liga Perdana Inggeris di kedudukan kelapan dalam musim penuh pertamanya sebelum menyertai Spurs pada 2014.

Chelsea sebelum ini memecat Graham Potter selepas pengurus itu bergelut dengan prestasinya hambar anak buahnya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast