UTeM berjaya memenangi 1 Anugerah Khas Best Green Invention Award serta lima pingat emas,empat4 pingat perak dan satu pingat gangsa.

KUALA LUMPUR – Produk inovasi dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang dikenali sebagai FIDORE menjadi pilihan juri serta dianugerahkan Anugerah Khas di 34th International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) 2023.

ITEX 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini menjadi medan kepada lebih 500 penyertaan kumpulan pencipta inovasi dari serata dunia menampilkan produk inovasi yang berimpak global.

FIDORE berjaya merangkul Best Green Invention Award ini merupakan produk inovasi yang diperbuat daripada bahan semulajadi daripada sejenis tumbuhan, ianya berfungsi sebagai panel dinding kalis api dalam sesebuah bangunan.

Naib Canselor UTeM, Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, secara keseluruhannya kesemua produk inovasi UTeM yang dipertandingkan telah berjaya memenangi 10 pingat dan satu Anugerah Khas di ITEX 2023.

Secara keseluruhannya kesemua produk inovasi UTeM yang dipertandingkan telah berjaya memenangi 10 pingat dan 1 Anugerah Khas di ITEX 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini.

Jelasnya, ini menggambarkan produk inovasi UTeM terus diiktiraf dan menjadi pilihan juri kerana keunikan dan fungsinya memberi impak langsung kepada kemaslahatan komuniti sejagat.

“UTeM telah berjaya memenangi lima pingat emas, empat pingat perak dan satu pingat gangsa dan kemenangan ini turut menggambarkan kegigihan UTeM menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi secara berterusan,” ujarnya dalam kenyataan baru-baru ini.

Lima pingat emas UTeM dimenangi oleh produk inovasi FIDORE yang diketuai Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Yuhazri Yaakob, i-CETIKE diketuai Ir. Ts. Dr. Nik Mohd Zarifie Hashim, Advance Portable Oil Spill Skimmer (AD-POSS) diketuai Prof. Madya Ir. Dr. Lokman Abdullah.

Manakala dua produk lagi adalah Rapid Advance Future (RAF) Lightweight Prosthetic Leg diketuai Mohammad Rafi Omar dan Salutan Swa Sembuh (SeHCo) diketuai oleh Ts. Dr. Mohd Fauzi Mamat.

Sementara itu, empat pingat perak dimenangi menerusi produk Profit-WCO, Low Cost and Light Weight Composite Reinforced Plunger (LCRP) for Agriculture Industries, CEMiS -Online Customer Engagement Measurement Kit for Malaysian SME dan Hydro Quality Monitoring System (HydroQS) V1.

Satu pingat gangsa pula dimenangi menerusi produk inovasi Flash Flood Alert App (FLAOA). – MalaysiaGazette