Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainudin bercakap kepada media selepas merasmikan pembukaan silat terbuka pendekar seabad UKM di Evolve Concept Mall, Ara Damansara. Foto MOHD ADZLAN, 31 MEI 2023.

PETALING JAYA – Perikatan Nasional (PN) mengambil pendirian sekiranya gabungan itu terus membawa isu Pulau Pinang milik Kedah, ia hanya akan mewujudkan perasaan tidak senang dalam rakyat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin bimbang dan berpendapat gabungan itu harus mengelak agar tidak berlaku perpecahan di mana-mana peringkat.

“Kalau kita bangkitkan isu ini waktu ini dia akan boleh menyebabkan ada perasaan tidak senang jadi fakta yang sebenarnya memang betul Pulau Pinang itu milik Kedah dahulunya.

“Tapi buat masa ini yang pentingnya adalah kita bangunkan negara kita ini biarlah kita tahu bahawa kita bersama untuk menentukan masa depan kita yang lebih baik.

“Kita tidak mahu ada perpecahan di mana-mana peringkat,” katanya mengulas pertanyaan media ketika beliau menghadiri Kejuaraan Silat Terbuka Pendekar Seabad Universiti Malaya (UM) kali ke 14 hari ini.

Hamzah berkata demikian mengulas pertanyaan media mengenai kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pulau Pinang milik negeri itu.

Muhammad Sanusi pada Isnin lalu berkata, Kedah dan Pulau Pinang tidak mempunyai sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah.

Jelas beliau lagi, Pulau Pinang adalah di bawah hak milik Kedah, yang mana ketika ini Perak dan Perlis adalah satu-satunya negeri yang mempunyai sempadan dengan negeri itu.

Dalam perkembangan lain, Hamzah berkata, rundingan kerusi gabungan itu sudah memasuki fasa terakhir bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi.

Beliau menjelaskan, hanya beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri yang belum diputuskan.

“90 peratus telah pun kita selesaikan. Ada satu dua lagi kerusi (DUN) yang kita rasa contohnya di Selangor dan Kedah ada satu dua lagi kerusi yang kita nak muktamadkan.

“Ada juga di Negeri Sembilan, tidak banyak kerusi lagi,” katanya lagi.

PRN akan diadakan di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu selepas DUN di negeri tersebut terbubar menjelang penghujung Jun ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Milik tanah bergantung kepada majority kibbutz contohnya kibbutz di tanah rizab Melayu, Penang, dan majority besar kibbutz di Singapore berpotensi the model for the Palestine-Israel conflict muka tebal lurus bendul politikus Pak Pandir ooii!

  2. saya sangat senang mendengarnya, biar pulau pinang diperintah oleh kedah..
    rakyat amt berbesar hati dengan berita ini. hamzah apa tau, ikut bunt*t dap je

Comments are closed.