Wan Ahmad Fayhsal ADUN Ijok gimik politik puad zarkashi MPN demokrasi UMNO nor salwani Kerajaan Perpaduan Kit Siang Rafizi ringgit SPRM
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan apa langkah signifikan yang diambil Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli untuk memulihkan ekonomi negara terutamanya dari segi menangani kesan kejatuhan nilai ringgit.

Menurut beliau, Ahli Parlimen Pandan itu sekurang-kurangnya perlu memperkenalkan polisi baharu ‘ekonomi rakyat’.

Mohd Puad turut bertanya sama ada Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR mempunyai dasar yang lebih baik daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan Datuk Seri Najib Razak semasa menjadi Perdana Menteri dahulu.

“Apakah Rafizi tiada persiapan untuk jadi menteri? Itu masalahnya bila banyak sangat formula sebelum jadi menteri.

“Bila jadi menteri tidak boleh biasa biasa. Mesti luar biasa,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Rafizi menjadi sasaran kritikan rakyat ekoran situasi ekonomi yang semakin tidak menentu sehingga menyaksikan nilai ringgit jatuh ke paras terendah berbanding mata wang asing lain.

Mohd Puad secara sinis mengingatkan Rafizi agar jangan menunggu sehingga rakyat berkata ‘Rafizi turun, ringgit naik’.

“Agaknya itu punca timbul cerita akan berlaku rombakan Kabinet. Menteri kena luar biasa untuk pertahankan Kerajaan Perpaduan,” jelasnya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Pokcik Puad ni BUKAN orang kerajaan tu sebab meracau macam Rafizi Ramli sebelum jadi kerajaan. Pokcik Puad kena ambil UBAT ikut peraturan dan banyakkan masa tidur supaya boleh sembuh.
    Sayonara goodbye Zahid Hamidi

    • pokcik Puad perli PMX tu. Sepatutnya RM jatuh dia kena direct tnya Menteri Kewangan, tp dia tak berani. Skop Kem. Ekonomi buat kerja lain. Puad tu bingai skit.

Comments are closed.