KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang disyaki membunuh dan membakar kekasihnya di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar pada 23 Mei lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Besar esok.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias hari ini.
“Tertuduh kes bunuh akan didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Besar. Tertuduh juga dijangka 9 pagi esok,” katanya menerusi grup aplikasi WhatsApp hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan mayat mangsa berusia 21 tahun yang hamil empat bulan yang ditemui dalam keadaan perut dikelar dan badan terbakar di dalam kawasan belukar kebun kelapa sawit pada 23 Mei lalu.
Suspek yang baru tamat pengajian dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) dipercayai melakukan jenayah itu secara bersendirian.
Lelaki berusia 20 tahun itu dipkatakan melakukan pembunuhan tersebut dipercayai bagi merahsiakan kehamilan selepas melakukan hubungan sulit dengan mangsa.
Mangsa yang bekerja sebagai pelayan sebuah restoran adalah pasangan kekasih dan mereka menjalin hubungan selama setahun.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: