Fuziah Salleh

KUANTAN – Kuasa merombak Kabinet terletak terletak sepenuhnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara, Fuziah Salleh berkata, beliau tidak terlalu mengambil berat tentang perkara itu, sebaliknya akan memberi tumpuan kepada tanggungjawabnya.

“Itu adalah hak dan kuasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya tak ambil tahu, saya hanya buat kerja saya saja di Kementerian,” katanya ketika ditanya mengenai deasa desus menganai rombakan Kabinet yang akan dilakukan selepas Pilihan Paya Negeri tidak lama lagi.

Beliau menyatakan demikian selepas majlis Penyampaian Bantuan Rahmah di Dewan Dato’ Abdul Manan Ismail, di sini, hari ini.

Pada 27 Mei lalu, Anwar ‘meminta’ dikemukakan cadangan senarai nama rombakan Kabinet yang didakwa akan berlaku selepas Pilihan Raya Negeri (PRN). – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kabinet BARU ANWAR nak siap dah… lepas PRN 6 NEGERI. Wak Welanon, Raja Formula, Points 3.8 dan Menteri URUS ARAB SAUDI serta 6jahanam yang lain kalau nak “MASUK DIFIKIR SEMULA” boleh “lap habuk-habuk” kabinet sebelum dipasang.
    Sayonara goodbye Zahid Hamidi after PRN 6 NEGERI

Comments are closed.