Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – “Tembak kaki sendiri ialah bila menteri tidak perform, gagal buat benda luar biasa dan formulanya tidak boleh dipakai. Itu lemahkan kerajaan.”

Itu penegasan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi terhadap ingatan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki supaya pemimpin parti itu berhenti daripada terus menyalahkan sesama pimpinan di bawah Kerajaan Perpaduan.

Puad mempertahankan kenyataan beliau terhadap Menteri Kewangan Rafizi Ramli sebelum ini yang didakwa gagal membuat ‘persiapan’ sebelum menjadi menteri.

“Saya dituduh tembak kaki sendiri. Apakah meminta Rafizi mengemukakan formula yang realistik dan luar biasa dianggap tembak kaki sendiri?

“Apakah mendesak menteri supaya ‘perform’ dianggap tembak kaki sendiri? Apa salahnya Rafizi ditegur. Kalau dia luar biasa, Kerajaan Perpaduan tambah kukuh.

“Apa maksud tembak kaki sendiri. Tidak boleh dikritik? Tidak boleh ditegur? Tidak boleh beri pandangan? Tugas saya bukan menghasut. Saya tidak ambil pun tugas lama Rafizi,” katanya dalam media sosial.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu mengaskan tuduhan menembak kaki sendiri hanya boleh dilemparkan kepada pihak yang tidak mahu menegur dan membiarkan kepincangan menteri terus berlaku.

“Saya boleh dituduh tembak kaki sendiri bila takut bersuara dan kelemahan dibiarkan berleluasa. Sebab itu saya lain dari yang lain,” tegas beliau.

Pada 31 Mei lalu Puad dalam kenyataannya berkata, beliau belum nampak langkah signifikan yang telah dibuat Rafizi untuk membantu ekonomi negara.

Mengulas lanjut, Mohd. Puad menasihat Ahli Parlimen Pandan itu lebih berhati-hati agar rakyat tidak mendesak untuk beliau meletakkan jawatan.

“Apakah Rafizi tiada persiapan untuk jadi menteri? Itu masalahnya bila banyak sangat formula sebelum jadi Menteri, bila jadi menteri tidak boleh biasa biasa, mesti luar biasa.

“Jangan nanti rakyat kata “Rafizi turun, ringgit naik”. Agaknya itu punca timbul cerita akan berlaku rombakan Kabinet. Menteri kena luar biasa untuk pertahankan Kerajaan Perpaduan,” tegas Puad.

Bagaimanapun Asyraf Wajdi menegur kenyataan Puad yang dianggap sebagai ‘menembak kaki sendiri’.

Beliau berkata, sebagai sebuah parti komponen di bawah Kerajaan Perpaduan, UMNO perlu terus fokus untuk memastikan negara dapat bergerak ke hadapan dan mengutamakan kesejahteraan rakyat, selain terhadap pentadbiran negara.

“Kita perlu membendung dan menguruskannya kerana tidak ada gunanya jika kita terus menyerang sesama sendiri dan ‘menembak kaki sendiri’ untuk memuaskan hati segelintir masyarakat.

“Ia tanggungjawab bersama apabila kita membentuk kerajaan. Ia bukan tugas satu orang saja dan kita perlu menghentikan tindakan menyalahkan semasa sendiri ini,” kata Asyraf Wajdi.-MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Pokcik Puad ni baru menjelma akalnya. Dia akui berbeza dengan PEMIMPIN UMNO lain ya tidak macam Lokman Adam Hisham Jalil Asyraf Wajdi Khalid Nordin Ahmad Maslan dan terutama tentulah Ahmad Zahid Hamidi. Pokcik Puad jangan keluar UMNO dan ketuai KEM PACU SISTEM PRINCIP yang nyata perlu Logical mana BENAR mana SALAH. Mat Hasan TIDAK PERLU DALAM KASUS ini kerana berpendirian NGAP MANA group lebih mengguntungkan DIRI dan KUASA beliau. Mat Hasan benar-benar LAMBANG DACING.. jika stabil dia DUDUK jika SENGET dia akan PINDAH. hehehehe akarumbi UMNO sedang memerhati dengan AKAL bukan macam tahun 80an hingga wawasan 2020. Sayonara goodbye Zahid Hamidi after PRN 6 NEGERI

Comments are closed.