discharged acquitted Ku Nan Tengku Adnan Tengku Mansor free conviction Tadmansori Holdings Aset Kayamas Chai Kin Kong corruption conviction
Tengku Adnan Tengku Mansor

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Tengku Adnan Mansor menyifatkan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 yang bermula esok, sebagai ruang terbaik bagi mengembalikan manifestasi perjuangan parti keramat orang Melayu itu.

Bendahari UMNO itu berkata, ianya sudah tentu berbeza dengan PAU sebelum ini berikutan perubahan landskap politik selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Katanya, selepas kalah pada PRU14 dan PRU15, UMNO kini berusaha untuk terus kukuh dan mendepani pelbagai cabaran masa hadapan.

“Melalui persidangan ini, kepimpinan UMNO pelbagai peringkat berkumpul, berbahas, mendengar hujah dan intipati suara dari akar umbi.

“Selepas itu, kita bersama-sama bangkit menyemarakkan perjuangan apabila kelak kembali ke tempat masing-masing.

“Inilah hari untuk kita mengembalikan perjuangan yang bersemarak, kembalikan kegemilangan UMNO sebagai satu-satunya harapan bangsa, malah menjadi tempat bergantung rakyat seluruh negara sebagaimana suatu waktu dulu,” katanya di sini, hari ini.

PAU 2023 berlangsung selama empat hari di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) bermula esok hingga Sabtu ini.

Menurut beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, walaupun parti itu sudah mencecah usia 77 tahun, namun perjalanan sejarahnya yang panjang mendepani pelbagai cabaran.

Oleh itu, kata Tengku Adnan, setiap ahli meneruskan perjuangan itu atas relevannya slogan ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ demi agama, bangsa dan negara.

Kata beliau, biarpun UMNO hari ini tidak lagi memegang tampuk pentadbiran kerajaan sepenuhnya, namun tidak dapat dinafikan peranan dan kepimpinan perjuangannya masih ditagih oleh rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast