Peluru berpandu Fattah. Foto: Media sosial

TEHRAN – Iran mendedahkan peluru berpandu hipersonik, dikenali Fattah, semalam yang mampu terbang sehingga 1,400 kilometer pada kelajuan 13 hingga 15 Mach.

Presiden Ebrahim Raisi berkata, peluru berpandu itu dihasilkan agar negara tersebut tidak menderita daripada pencerobohan musuh.

“Kuasa tentera, pertahanan dan peluru berpandu Iran mewujudkan pencegahan, sudah pasti, ia mewujudkan pencegahan bukan sahaja daripada pencerobohan tetapi juga daripada pemikiran untuk menceroboh.

“Hari ini kami rasa kuasa pencegahan telah dibangunkan yang mana ia merupakan sumber keselamatan dan keamanan yang mapan untuk negara-negara serantau,” katanya pada majlis pengenalan peluru berpandu itu.

Sementara itu, Pemerintah Angkatan Aeroangkasa Pengawal Revolusi Iran, Amir Ali Hajizadeh berkata, kerja-kerja saintis roket Iran ‘tidak berakhir dengan pembinaan peluru berpandu ini’ dan Tehran ‘akan terus melalui laluan ini supaya tiada musuh boleh membayangkan untuk menyerang Iran’. – Agensi