PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Satu mayat lelaki dalam keadaan terlentang dan hanya berseluar dalam ditemui di tempat pembuangan sampah di tepi jalan Felda Maokil-Bukit Kepong, Lenga, Muar, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, periksaan Team Forensik Zon Utara dan Team Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mendapati keadaan mayat telah mereput dengan tiada sebarang identiti mangsa diperolehi.

“Setakat ini, pihak polis masih lagi menyiasat keberadaan sebenar mayat sama ada ia (lokasi mayat ditemui) merupakan tempat kejadian kematian berlaku atau merupakan tempat kejadian kedua.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah kecederaan kepala akibat trauma tumpul dan dipercayai adanya unsur jenayah,” katanya.

Menurut Raiz Mukhlis, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan membawa hukuman mati.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Derah Muar atau menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Zakini Ab Latif di talian 013-233 8184. – MalaysiaGazette