Ahmad Maslan.-Foto HAZROL ZAINAL, 02 MAC 2023.

KUALA LUMPUR – Calon UMNO banyak diletakkan untuk bertanding di tiga buah negeri iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah dalam pilihan raya negeri yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kemenangan calon-calon UMNO ditekankan Presiden Datuk Seri Ahamd Zahid Hamidi.

Dalam Taklimat Tertutup Presdien UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 hari ini, Ahmad Zahid meminta perwakilan di negeri yang tidak mengadakan pilihan raya membantu calon di enam negeri yang bertanding.

“Tiga negeri itu ada kerusi UMNO dipertanggungjawabkan. Presiden berharap kerusi UMNO bertanding boleh menang.

“Jentera UMNO hendaklah melipat gandakan usaha selepas perhimpunan agung ini ini supaya kita melaksanakan tugas yang dipertangungjawab.

“Bukan hanya tugas sebagai pimpinan di enam negeri, tapi pimpinan di tujuh negeri lain hendaklah jadi bahagian angkat kepada tempat mana UMNO bertanding,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, agenda perpaduan dan memperkuatkan semula parti ditekankan oleh Ahmad Zahid.

Ini apabila parti itu dilihat seolah-olah mengalami perpecahan selepas pilihan raya umum tamat.

“Semua ahli parti diarahkan mempersiapkan diri ke arah memperkasakan parti. Sebab UMNO selama ini dianggap berpecah-belah.

“Setelah pemilihan di semua peringkat UMNO dilihat sebagai satu pasukan yang boleh menjalankan misi parti untuk menjadi kerajaan pada masa akan datang,” katanya.

Tegas beliau, UMNO akan terus memperjuangkan agenda agama dan bangsa walaupun ketika berada dalam Kerajaan Perpaduan. MalaysiaGazette