KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput warga Pulau Pinang untuk hadir hadir dalam sesi Temu Anwar yang akan diadakan esok.
Program berkenaan akan berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM) pada jam 3 petang.
Katanya, rakyat negeri berkenaan terbuka untuk mengajukan pelbagai soalan kepadanya esok.
“Seperti kebiasaan, saya akan menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh para peserta yang hadir.
Kita jumpa esok!,” katanya menerusi Facebook.
Ujarnya, pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web temuanwar.com.
Baru-baru ini, Perdana Menteri turut mengadakan sesi Temu Anwar di Universiti Sabah Malaysia (USM).-MalaysiaGazette