Zahid parti
Gulam Muszaffar Gulam Mustakim membahaskan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. Foto UMNO ONLINE, 10 JUN 2023.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak perlu merangkak atau merayu bagi mengambil hati individu-individu yang telah mengkhianati perjuangan parti.

Wakil Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berkata, beliau berasa sedih melihat betapa nipisnya nilai dan jati diri mereka dalam perjuangan parti.

Justeru, Ketua UMNO Bahagian Batu itu menegaskan, UMNO hendaklah bergerak ke depan dan terus fokus dengan ahli-ahli yang masih setia selaku pejuang sejati untuk membina parti yang telah rosak.

“Jika ada sesiapa yang berhajat, dipersilakan keluar sekarang, tak perlu tunggu lama-lama.

“Ada yang nak keluar sekejap ke, keluar lama ke atau keluar terus ke biarkanlah,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Gulam Muszaffar mencadangkan supaya Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani diberi peranan yang penting dalam Kerajaan Perpaduan.

Menurut beliau, pada masa ini, UMNO Wilayah Persekutuan tidak terasa kebersamaan dalam Kerajaan Perpaduan berbanding negeri-negeri lain seperti Perak, Pahang dan Melaka.

“Kita di Wilayah Persekutuan sebenarnya seperti orang ‘pembawa bunga manggar ketika majlis perkahwinan sahaja’.

“Kita pakai cantik cantik, sama-sama berarak masuk ke dalam dewan majlis, lepas pengantin duduk di pelamin, kita terus beredar dan dilupakan,” jelasnya.

Sehubungan itu, Gulam Muszaffar mencadangkan agar Kementerian Wilayah Persekutuan diwujudkan semula demi kesejahteraan penduduk. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. betul-betul BETUL ZAHID HAMIDI tak perlu merangkak rayu orang yang DIA TERAJANG sebabnya DIA telah MELUTUT MENYEMBAH DAP yang memberi set pejabat sebagai “BARISAN HADAPAN” untuk menjaga dan sanggup mempertaruh nyawa mempertahankan KEMURNIAN DAP. ZAHID HAMIDI takut pengkhianat PARTI mengambil jawatan dia… Sayonara goodbye Zahid Hamidi berapa hari lagi?

Comments are closed.