The Member of Parliament of Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 02 AUGUST 2018. free computer free laptop free tablet luxury cars Vellfire Mercedes
Steven Sim. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 02 AUGUST 2018.

KUALA LUMPUR – Kerajaan menafikan kompleks penerbitan filem dan televisyen di Iskandar Puteri di Johor telah dijual kepada firma Singapura.

Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong memberitahu Dewan Rakyat, Khazanah Nasional melalui anak syarikat tujuan khasnya (SPV), masih memiliki aset studio itu.

“Terlebih dahulu saya ingin menegaskan bahawa kenyataan penjualan aset kompleks produksi filem dan televisyen seluas 49 ekar di Iskandar Puteri, Johor Bahru adalah tidak benar sama sekali.

“Aset tersebut masih kekal dalam milikan Khazanah Nasional melalui anak syarikat bertujuan khas (SPV), Tanjung Bidara Ventures Sdn. Bhd,” katanya.

Mengulas lanjut, Steven berkata, apa yang berlaku ialah penjualan saham syarikat pengendali operasi studio iaitu Iskandar Malaysia Studios Sdn. Bhd (IMS).

Langkah tersebut merupakan inisiatif Khazanah untuk mencari rakan kongsi baharu yang dapat mengendalikan operasi studio dengan lebih baik.

Menurut Steven, IMS sebagai syarikat pengendali studio hanya memajak tanah dan bangunan sehingga tahun 2036.

Sejak operasi bermula Jun 2014 IMS membawa impak kepada ekonomi setempat berjumlah RM1.2 bilion dan telah memberi lebih 8,000 peluang pekerjaan

Bagaimanapun, IMS menghadapi cabaran daripada segi kemampanan kewangan dan diburukkan lagi pandemik Covid-19.

Sekiranya Khazanah kekal sebagai pemegang saham IMS, ia perlu terus menyalurkan sokongan kewangan kepada syarikat itu dengan anggaran kerugian sehingga RM14 juta setiap tahun.

Katanya, Khazanah telah membuat keputusan memilih Studio Management Services Sdn. Bhd. (SMS) untuk jalinan kerjasama.

Berikutan transaksi tersebut, Khazanah akan menerima hasil penjualan saham syarikat pengendali operasi studio tersebut sebanyak RM32 juta serta anggaran bayaran sewa sehingga tahun 2036 berjumlah RM26 juta.

SMS juga dijangka membawa produksi baharu ke studio bernilai lebih RM800 juta dalam jangka masa lima tahun akan datang.

Hasilnya lebih banyak peluang pekerjaan dapat disediakan dalam ekosistem studio tersebut serta membawa impak positif kepada ekonomi setempat.

Beliau menjawab soalah Ahli Parlimen Kuala Kangsar (PN) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan rasional penjualan aset IMS bernilai RM32 juta di Iskandar Puteri,
Johor Bahru kepada sebuah firma Singapura. – MalaysiaGazette