PN Bersih
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pas menguasai pembahagian kerusi di Kelantan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Menurut Setiausaha Perhubungan Pas negeri itu, Wan Roslan Wan Hamat, parti pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang itu akan mempertahankan 37 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sementara parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya mendapat lapan kerusi.

“Keputusan itu telah mecapai kata sepakat melalui perbincangan sejak awal lagi dan Pas sebanyak 37 kerusi manakala selebihnya bagi kawasan yang dimenangi UMNO asasnya diberikan kepada Bersatu.

“Pas yakin akan mempertahankan kerusi di Kelantan dengan sokongan rakyat. Lagi pun hubungan kita dengan Bersatu amat baik,” katanya memetik laporan HarakahDaily.

Wan Roslan berkata keputusan itu dicapai apabila kedua-dua parti itu memuktamadkan persefahaman antara mereka.

Pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu, Pas memenangi 37 kerusi sementara UMNO-BN lapan kerusi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast