SHAH ALAM – Polis Kontinjen Selangor sedang mempertimbangkan cadangan untuk menubuhkan sebuah pusat autisme untuk membolehkan anak warga kerjanya mendapat penjagaan lebih baik.
Ketua Polis Selangor Komisioner Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya tidak mempunyai pusat penjagaan anak autisme.
“Jumlah warga anggota PDRM yang mempunyai anak autisme seramai 115 orang.
“Kami sedang mempertimbangkan cadangan mewujudkan satu pusat jagaan anak austisme untuk warga Polis Selangor kerana jumlah anak autisme agak besar dan anggota kami perlu menanggung perbelanjaan besar untuk menghantar anak mereka ini di tempat lain,” katanya selepas meyempurnakan Kesedaran Autism di Ibu Pejabat Kontinjen di sini.
Tambah beliau, di peringkat pusat sudah terdapat pusat autisme di Pusat Latihan Polis di Kuala Lumpur di bawah Yayasan Pengamal.
Katanya, cadangan itu akan dikaji tetapi pada masa sama berpandangan fasiliti anak-anak autisme perlu diwujudkan. – MalaysiaGazette