kebocoran data UiTM
Mohamed Khaled Nordin

GOMBAK – Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan pertemuan enam mata antara Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Hasni Mohammad sebagai satu perjumpaan biasa dalam mengeratkan tali persahabatan.

Malah, Naib Presiden UMNO itu menganggap ia sebagai satu pertemuan yang tidak mendatangkan sebarang masalah kepada sesiapa pun.

“Walaupun mungkin, ada yang digantung (digantung daripada parti) dan yang sebagainya, bukan bermakna dia tak boleh jumpa…maknanya bukan terus bererti putus (tidak berhubung), tiada masalah, tak jadi hal,” katanya.

Baru-baru ini, tular beberapa keping gambar menunjukkan Khairy yang juga bekas ketua pemuda UMNO, Hishamuddin yang juga bekas Naib Presiden UMNO dan Hasni yang merupakan Ahli Parlimen Simpang Renggam sedang duduk semeja.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pendidkan Tinggi Awam (IPTA), di sini, hari ini.

Foto itu dikongsikan oleh Hishammuddin diFacebooknya dengan hantaran berbunyi “Apa seterusnya”?.

Perkara sama turut dikongsikan oleh Khairy di laman Facebook miliknya pada hari sama.

Sebelum itu, perkongsian gambar Hishammuddin bersama sahabat baiknya, bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah mencuri perhatian netizen.

Ahli Parlimen Sembrong itu yang kini menjalani penggantungan daripada parti selama enam tahun mengambil peluang untuk melawat Noh di Tanjong Karang, yang dikatakan bakal menyertai Perikatan Nasional (PN).

Hishammuddin masih lagi aktif menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat walaupun digantung daripada parti.

Sementara itu, ditanya sama ada terdapat gerakan tanpa diketahui dilakukan oleh ketiga-tiga nama besar dalam parti itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRTN), Mohamed Khaled mengaskan, beliau tidak tahu, dan tidak memngambil tahu tentang perkara itu.

“Saya tak tahu, saya tak ambil tahu,” ujarnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Ini Naib President TERBAIK… dia tidak seperti Pokcik Puad Lokman Adam Hisham Jalil ZAHID HAMIDI. Selepas PRN 6 NEGERI Tok Mat boleh memangku jawatan President UMNO akarumbi setuju Khalid Nordin ni duduk dikerusi Timbalan President kelak.
    Sayonara goodbye Zahid Hamidi after PRN 6 NEGERI

Comments are closed.