Pasukan bomba dan penyelamat membawa keluar jenazah mangsa lemas di Air Terjun Chamang, Bentong hari ini.

KUANTAN – Pasukan penyelamat berjaya menemui mayat seorang pelajar pondok dihanyutkan arus deras ketika mandi di Air Terjun Chamang, Bentong hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, mayat Muhamad Akmal Husni Mohamad Ridzuan, 19, ditemui oleh Penyelamat di Air (PPDA) dari Balai Bomba Bukit Angin pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat.

”Mayat mangsa ditemukan pada  jarak lima meter dari tempat mangsa dilaporkan jatuh dengan kedalaman 1.5 meter. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk dihantar ke hospital bagi tujuan bedah siasat,” katanya.

Semalam MalaysiaGazette melaporkan mangsa dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama 14 rakannya yang lain dalam kejadian pukul 11.50 pagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Pelajar pondok disyaki lemas di Air Terjun Chamang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast