Hairy hadir program Jualan Bazar Rakyat Agro Johor (BRAJ) di Pasar Tani Kekal Jalan Datin Halimah, Larkin hari ini.

JOHOR BAHRU – Pemuda UMNO mencadangkan supaya 30 peratus calon muda dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya di enam negeri tidak lama lagi.

Timbalan Pengerusi Pemuda BN, Mohd Hairi Md Shah berkata, jumlah yang dicadangkan itu sama seperti permohonan Pemuda UMNO semasa  Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Pemuda UMNO berkata, syor yang dibuat itu  bukan  mahu meminggirkan orang lama tetapi demi masa depan parti.

“Rakyat melihat dan menilai kepimpinan masa kini. Sebab itu kerusi untuk Pemuda termasuk Puteri UMNO harus diketengahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Jualan Bazar Rakyat Agro Johor (BRAJ) di Pasar Tani Kekal Jalan Datin Halimah, Larkin hari ini.

Hairi yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO berkata, sayap itu sudah bertemu dengan jentera Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Pertemuan itu menurut beliau bagi membincangkan persiapan menghadapi PRN sebelum input-input yang diterima dibawa ke peringkat tertinggi.

Ditanya mengenai kerjasama Pemuda BN dengan Pemuda Pakatan Harapan (PH), beliau menafikan berdepan sebarang kesukaran untuk bersama-sama dalam (PRN) nanti.

Katanya, bagi memastikan kejayaan dalam PRN itu nanti, mereka akan bekerjasama dalam satu pasukan bagi memastikan kemenangan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Rakyat JELAS dengan FAKTA dan UMNO jangan mengelirukan.
    1) Pulau Pinang – DAP
    2) Selangor – PKR
    3) Negeri Sembilan – PH
    FORMULA RAFIZI RAMLI perlu diutamakan;- UMNO hanya bertanding kerusi yang mereka menang sekarang tidak boleh lebih. muktamad. UMNO perlu BERJUANG sebagai KENDERAAN LASAK dibarisan hadapan sebagai “KERAHAN SETIA”. ZAHID HAMIDI perlu menjadi PEMANDU.
    DAP dan PKR boleh beri RUANG BESAR kepada UMNO dengan nisbah;
    1) KEDAH:- UMNO 35 PKR 30 DAP 25 PAN 10
    2) TERENGGANU:- UMNO 55 PKR 25 DAP 5 PAN 15
    3) KELANTAN:- UMNO 65 PKR 20 DAP 5 PAN 10
    Nisbah ini JELAS UMNO MENDAPAT KERUSI BERTANDING yang lebih besar dan PH mengorbankan structure kuasa mereka. ZAHID HAMIDI perlu mencetuskan SEMANGAT JIWA SARAF kepada ahli UMNO supaya berkobar-kobar.
    Sayonara goodbye Zahid Hamidi.,… rrrr .. iiiiii…, pppp..

Comments are closed.