Antara lori berat dan bongkah enjin yang dicuri sindiket dalam serbuan 10 bengkel di Perak dan Selangor baru-baru ini.-Gambar ihsan JSJ Bukit Aman.

KUALA LUMPUR – Satu sindiket yang aktif terlibat dalam kegiatan jenayah mencuri lori dan mengubah nombor enjin kenderaan berat tumpas kelmarin.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dalam satu kenyataan berkata, kegiatan itu terbongkar dalam Op Lejang Khas bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor dan Perak pada 12 hingga 16 Jun lalu.

“Hasil serbuan kita berjaya menahan seramai 18 individu yang disyaki bertanggungjawab  dalam serbuan ke 10 premis bengkel di tiga lokasi berbeza,” katanya.

Selain itu, dalam serbuan sama, Bahagian D4 (kenderaan berat), JSJ turut merampas sebanyak 21 buah lori dan bongkah enjinnya serta peralatan mengetuk enjin casis.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan itu adalah sebanyak RM2.1 juta,” kata kenyataan yang sama.

Kesemua suspek yang ditahan itu sedang disiasat di bawah Seksyen 413 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan mereka.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast